Salah satu kisah Al-Quran yang sangat mengagumkan dan dipenuhi dengan
misteri adalah, kisah seseorang hamba yang Allah s.w.t memberinya
rahmat dari sisi-Nya dan mengajarinya ilmu. Kisah tersebut terdapat
dalam surah al-Kahfi di mana ayat-ayatnya dimulai dengan cerita Nabi
Musa, yaitu:
"Dan (ingatlah) ketika Musa berkata kepada muridnya:
'Aku tidak akan berhenti (berjalan) sebelum sampai ke pertemuan dua buah
lautan; atau aku akan berjalan-jalan sampai bertahun-tahun." (QS.
al-Kahfi: 60)
Kalimat yang samar menunjukkan
bahawa Musa telah bertekad untuk meneruskan perjalanan selama waktu yang
cukup lama kecuali jika beliau mampu mencapai majma' al-Bahrain
(pertemuan dua buah lautan). Di sana terdapat suatu perjanjian penting
yang dinanti-nanti oleh Musa ketika beliau sampai di majma' al-Bahrain.
Anda dapat merenungkan betapa tempat itu sangat misteri dan samar. Para
musafir telah merasakan keletihan dalam waktu yang lama untuk mengetahui
hakikat tempat ini. Ada yang mengatakan bahawa tempat itu adalah laut
Persia dan Romawi. Ada yang mengatakan lagi bahawa itu adalah laut
Jordania atau Kulzum. Ada yang mengatakan juga bahawa itu berada di
Thanjah. Ada yang berpendapat, itu terletak di Afrika. Ada lagi yang
mengatakan bahawa itu adalah laut Andalus. Tetapi mereka tidak dapat
menunjukkan bukti yang kuat dari tempat-tempat itu.
Seandainya
tempat itu harus disebutkan nescaya Allah s.w.t akan rnenyebutkannya.
Namun Al-Quran al-Karim sengaja menyembunyikan tempat itu, sebagaimana
Al-Quran tidak menyebutkan kapan itu terjadi. Begitu juga, Al-Quran
tidak menyebutkan nama-nama orang-orang yang terdapat dalam kisah itu
kerana adanya hikmah yang tinggi yang kita tidak mengetahuinya. Kisah
tersebut berhubungan dengan suatu ilmu yang tidak kita miliki, kerana
biasanya ilmu yang kita kuasai berkaitan dengan sebab-sebab tertentu.
Dan tidak juga ia berkaitan dengan ilmu para nabi kerana biasanya ilmu
para nabi berdasarkan wahyu. Kita sekarang berhadapan dengan suatu ilmu
dari suatu hakikat yang samar; ilmu yang berkaitan dengan takdir yang
sangat tinggi; ilmu yang dipenuhi dengan rangkaian tabir yang tebal.
Di
samping itu, tempat pertemuan dan waktunya antara hamba yang mulia ini
dan Musa juga tidak kita ketahui. Demikianlah kisah itu terjadi tanpa
memberitahumu kapan terjadi dan di tempat mana. Al-Quran sengaja
menyembunyikan hal itu, bahkan Al-Quran sengaja menyembunyikan pahlawan
dari kisah ini. Allah s.w.t mengisyaratkan hal tersebut dalam
firman-Nya:
"Seorang hamba di antara hamba-hamba Kami,
yang telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah
Kami ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami." (QS. al-Kahfi: 65)
Al-Quran
al-Karim tidak menyebutkan siapa nama hamba yang dimaksud, yaitu
seorang hamba yang dicari oleh Musa agar ia dapat belajar darinya. Nabi
Musa adalah seseorang yang diajak berbicara langsung oleh Allah s.w.t
dan ia salah seorang ulul azmi dari para rasul. Beliau adalah pemilik
mukjizat tongkat dan tangan yang bercahaya dan seorang Nabi yang Taurat
diturunkan kepadanya tanpa melalui perantara. Namun dalam kisah ini,
beliau menjadi seorang pencari ilmu yang sederhana yang harus belajar
kepada gurunya dan menahan penderitaan di tengah-tengah belajarnya itu.
Lalu, siapakah gurunya atau pengajarnya? Pengajarnya adalah seorang
hamba yang tidak disebutkan namanya dalam Al-Quran meskipun dalam hadis
yang suci disebutkan bahawa ia adalah Khidir as.
Musa berjalan bersama hamba yang menerima ilmunya dari Allah s.w.t tanpa
sebab-sebab penerimaan ilmu yang biasa kita ketahui. Mula-mula Khidir
menolak ditemani oleh Musa. Khidir memberitahu Musa bahawa ia tidak akan
mampu bersabar bersamanya. Akhirnya, Khidir mahu ditemani oleh Musa
tapi dengan syarat, hendaklah ia tidak bertanya tentang apa yang
dilakukan Khidir sehingga Khidir menceritakan kepadanya. Khidir
merupakan simbol ketenangan dan diam; ia tidak berbicara dan gerak-
gerinya menimbulkan kegelisahan dan kebingungan dalam diri Musa.
Sebahagian tindakan yang dilakukan oleh Khidir jelas-jelas dianggap
sebagai kejahatan di mata Musa; sebahagian tindakan Khidir yang lain
dianggap Musa sebagai hal yang tidak memiliki erti apa pun; dan tindakan
yang lain justru membuat Musa bingung dan membuatnya menentang.
Meskipun
Musa memiliki ilmu yang tinggi dan kedudukan yang luar biasa namun
beliau mendapati dirinya dalam keadaan kebingungan melihat perilaku
hamba yang mendapatkan kurnia ilmunya dari sisi Allah s.w.t.
Ilmu Musa yang berlandaskan syariat menjadi bingung ketika menghadapi
ilmu hamba ini yang berlandaskan hakikat. Syariat merupakan bahagian
dari hakikat. Terkadang hakikat menjadi hal yang sangat samar sehingga
para nabi pun sulit memahaminya. Awan tebal yang menyelimuti kisah ini
dalam Al-Quran telah menurunkan hujan lebat yang darinya mazhab- mazhab
sufi di dalam Islam menjadi segar dan tumbuh. Bahkan terdapat keyakinan
yang menyatakan adanya hamba-hamba Allah s.w.t yang bukan termasuk nabi
dan syuhada namun para nabi dan para syuhada "cemburu" dengan ilmu
mereka. Keyakinan demikian ini timbul kerana pengaruh kisah ini.
Para ulama berbeza pendapat berkenaan dengan Khidir. Sebahagian mereka
mengatakan bahawa ia seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t. Sebahagian
lagi mengatakan bahawa ia seorang nabi. Terdapat banyak cerita bohong
tentang kehidupan Khidir dan bagaimana keadaannya. Ada yang mengatakan
bahawa ia akan hidup sampai hari kiamat. Yang jelas, kisah Khidir tidak
dapat dijabarkan melalui nas-nas atau hadis-hadis yang dapat dipegang
(otentik). Tetapi kami sendiri berpendapat bahawa beliau meninggal
sebagaimana meninggalnya hamba-hamba Allah s.w.t yang lain. Sekarang,
kita tinggal membahas kewaliannya dan kenabiannya. Tentu termasuk
masalah yang sangat rumit atau membingungkan. Kami akan menyampaikan
kisahnya dari awal sebagaimana yang dikemukakan dalam Al-Quran.
Nabi Musa as berbicara di tengah-tengah Bani Israil. Ia mengajak mereka
untuk menyembah Allah s.w.t dan menceritakan kepada mereka tentang
kebenaran. Pembicaraan Nabi Musa sangat komprehensif dan tepat. Setelah
beliau menyampaikan pembicaraannya, salah seorang Bani Israil bertanya:
"Apakah ada di muka bumi seseorang yang lebih alim darimu wahai Nabi
Allah?" Dengan nada emosi, Musa menjawab: "Tidak ada."
Allah s.w.t tidak setuju dengan jawapan Musa. Lalu Allah s.w.t mengutus
Jibril untuk bertanya kepadanya: "Wahai Musa, tidakkah engkau mengetahui
di mana Allah s.w.t meletakkan ilmu-Nya?" Musa mengetahui bahawa ia
terburu-buru mengambil suatu keputusan. Jibril kembali berkata
kepadanya:
"Sesungguhnya Allah s.w.t mempunyai seorang hamba yang berada di majma' al-Bahrain yang ia lebih alim daripada kamu."
Jiwa
Nabi Musa yang mulia rindu untuk menambah ilmu, lalu timbullah
keinginan dalam dirinya untuk pergi dan menemui hamba yang alim ini.
Musa bertanya bagaimana ia dapat menemui orang alim itu. Kemudian ia
mendapatkan perintah untuk pergi dan membawa ikan di keranjang. Ketika
ikan itu hidup dan melompat ke lautan maka di tempat itulah Musa akan
menemui hamba yang alim.
Akhirnya, Musa pergi guna mencari ilmu dan beliau ditemani oleh seorang
pembantunya yang masih muda. Pemuda itu membawa ikan di keranjang.
Kemudian mereka berdua pergi untuk mencari hamba yang alim dan soleh.
Tempat yang mereka cari adalah tempat yang sangat samar dan masalah ini
berkaitan dengan hidupnya ikan di keranjang dan kemudian ikan itu akan
melompat ke laut. Namun Musa berkeinginan kuat untuk menemukan hamba
yang alim ini walaupun beliau harus berjalan sangat jauh dan menempuh
waktu yang lama.
Musa berkata kepada pembantunya:
"Aku tidak memberimu tugas apa pun kecuali engkau memberitahuku di mana ikan itu akan berpisah denganmu."
Pemuda
atau pembantunya berkata: "Sungguh engkau hanya memberi aku tugas yang
tidak terlalu berat." Kedua orang itu sampai di suatu batu di sisi laut.
Musa tidak kuat lagi menahan rasa kantuk sedangkan pembantunya masih
bergadang. Angin bergerak ke tepi lautan sehingga ikan itu bergerak dan
hidup lalu melompat ke laut. Melompatnya ikan itu ke laut sebagai tanda
yang diberitahukan Allah s.w.t kepada Musa tentang tempat pertemuannya
dengan seseorang yang bijaksana yang mana Musa datang untuk belajar
kepadanya. Musa bangkit dari tidurnya dan tidak mengetahui bahawa ikan
yang dibawanya telah melompat ke laut sedangkan pembantunya lupa untuk
menceritakan peristiwa yang terjadi. Lalu Musa bersama pemuda itu
melanjutkan perjalanan dan mereka lupa terhadap ikan yang dibawanya.
Kemudian Musa ingat pada makanannya dan ia telah merasakan keletihan. Ia
berkata kepada pembantunya:
"Cuba bawalah kepada kami makanan siang kami, sungguh kami telah merasakan keletihan akibat dari perjalanan ini."
Pembantunya
mulai ingat tentang apa yang terjadi. Ia pun mengingat bagaimana ikan
itu melompat ke lautan. Ia segera menceritakan hal itu kepada Nabi Musa.
Ia meminta maaf kepada Nabi Musa kerana lupa menceritakan hal itu.
Setan telah melupakannya. Keanehan apa pun yang menyertai peristiwa itu,
yang jelas ikan itu memang benar-benar berjalan dan bergerak di lautan
dengan suatu cara yang mengagumkan. Nabi Musa merasa gembira melihat
ikan itu hidup kembali di lautan dan ia berkata: "Demikianlah yang kita
inginkan." Melompatnya ikan itu ke lautan adalah sebagai tanda bahawa di
tempat itulah mereka akan bertemu dengan seseorang lelaki yang alim.
Nabi Musa dan pembantunya kembali dan menyelusuri tempat yang dilaluinya
sampai ke tempat yang di situ ikan yang dibawanya bergerak dan menuju
ke lautan.
Perhatikanlah permulaan kisah: bagaimana Anda berhadapan dengan suatu
kesamaran dan tabir yang tebal di mana ketika Anda menjumpai suatu tabir
di depan Anda terpampang maka sebelum tabir itu tersingkap Anda harus
berhadapan dengan tabir-tabir yang lain. Akhirnya, Musa sampai di tempat
di mana ikan itu melompat. Mereka berdua sampai di batu di mana
keduanya tidur di dekat situ, lalu ikan yang mereka bawa keluar menuju
laut. Di sanalah mereka mendapatkan seorang lelaki. Kami tidak
mengetahui namanya, dan bagaimana bentuknya, dan bagaimana bajunya; kami
pun tidak mengetahui usianya. Yang kita ketahui hanyalah gambaran dalam
yang dijelaskan oleh Al-Quran: "Lalu mereka bertemu dengan seorang
hamba di antara hamba-hamba Kami, yang telah Kami berikan kepadanya
rahrnat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya ilmu dari
sisi Kami. "
Inilah aspek yang penting dalam kisah itu. Kisah itu terfokus pada
sesuatu yang ada di dalam jiwa, bukan tertuju pada hal-hal yang bersifat
fizik atau lahiriah. Allah s.w.t berfirman:
"Maka
tatkala mereka berjalan sampai ke pertemuan dua buah laut itu, maka
mereka lalai akan ikannya, lalu ikan itu melompat mengambil jalannya ke
laut itu. Tatkala mereka berjalan lebih jauh, berkatalah Musa kepada
muridnya: 'Bawalah ke mari makanan kita; sesungguhnya kita merasa letih
kerana perjalanan kita ini.' Muridnya menjawab: 'Tahukah kamu tatkala
kita mencari tempat berlindung di batu tadi, maka sesungguhnya aku lupa
(menceritakan tentang) ikan itu dan tidak adalah yang melupakan aku
untuk menceritakannya kecuali setan dan ikan itu mengambil jalannya ke
laut dengan cara yang aneh sekali.' Musa berkata: 'Itulah (tempat) yang
kita cari; lalu keduanya kembali, mengikuti jejak mereka semula. Lalu
mereka bertemu dengan seorang hamba di antara hamba-hamba Kami, yang
telah Kami berikan kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami
ajarkan kepadanya ilmu dari sisi Kami. " (QS. al-Kahfi: 61-65)
Bukhari
mengatakan bahawa Musa dan pembantunya menemukan Khidir di atas sejadah
hijau di tengah-tengah lautan. Ketika Musa melihatnya, ia menyampaikan
salam kepadanya.
Khidir berkata:"Apakah di bumimu ada salam? Siapa kamu?"
Musa menjawab:"Aku adalah Musa."
Khidir berkata: "Bukankah engkau Musa dari Bani Israil. Bagimu salam wahai Nabi dari Bani Israil."
Musa berkata: "Dari mana kamu mengenal saya?"
Khidir menjawab: "Sesungguhnya
yang mengenalkan kamu kepadaku adalah juga yang memberitahu aku siapa
kamu. Lalu, apa yang engkau inginkan wahai Musa?"
Musa berkata dengan penuh kelembutan dan kesopanan: "Apakah aku dapat mengikutimu agar engkau dapat mengajariku sesuatu yang engkau telah memperoleh kurnia dari-Nya."
Khidir berkata: "Tidakkah
cukup di tanganmu Taurat dan bukankah engkau telah mendapatkan wahyu.
Sungguh wahai Musa, jika engkau ingin mengikutiku engkau tidak akan
mampu bersabar bersamaku."
Kita ingin memperhatikan
sejenak perbezaan antara pertanyaan Musa yang penuh dengan kesopanan dan
kelembutan dan jawapan Khidir yang tegas di mana ia memberitahu Musa
bahawa ilmunya tidak harus diketahui oleh Musa, sebagaimana ilmu Musa
tidak diketahui oleh Khidir. Para ahli tafsir mengemukakan bahawa Khidir
berkata kepada Musa: "Ilmuku tidak akan engkau ketahui dan
engkau tidak akan mampu sabar untuk menanggung derita dalam memperoleh
ilmu itu. Aspek-aspek lahiriah yang engkau kuasai tidak dapat menjadi
landasan dan ukuran untuk menilai ilmuku. Barangkali engkau akan melihat
dalam tindakan- tindakanku yang tidak engkau fahami sebab-sebabnya.
Oleh kerana itu, wahai Musa, engkau tidak akan mampu bersabar ketika
ingin mendapatkan ilmuku." Musa mendapatkan suatu pernyataan
yang tegas dari Khidir namun beliau kembali mengharapnya untuk
mengizinkannya menyertainya untuk belajar darinya. Musa berkata
kepadanya bahawa insya-Allah ia akan mendapatinya sebagai orang yang
sabar dan tidak akan menentang sedikit pun.
Perhatikanlah bagaimana Musa, seorang Nabi yang berdialog dengan Allah
s.w.t, merendah di hadapan hamba ini dan ia menegaskan bahawa ia tidak
akan menentang perintahnya. Hamba Allah s.w.t yang namanya tidak
disebutkan dalam Al-Quran menyatakan bahawa di sana terdapat syarat yang
harus dipenuhi Musa jika ia bersikeras ingin menyertainya dan belajar
darinya. Musa bertanya tentang syarat ini, lalu hamba yang soleh ini
menentukan agar Musa tidak bertanya sesuatu pun sehingga pada saatnya
nanti ia akan mengetahuinya atau hamba yang soleh itu akan
memberitahunya. Musa sepakat atas syarat tersebut dan kemudian mereka
pun pergi. Perhatikanlah firman Allah s.w.t dalam surah al-Kahfi:
"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu ?'
Dia menjawab: Musa berkata: 'Insya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.'
Dia berkata: 'Jika
kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan kepadaku tentang
sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya kepadamu.'" (QS.
al-Kahfi: 66-70)
Musa pergi bersama Khidir. Mereka
berjalan di tepi laut. Kemudian terdapat perahu yang berlayar lalu
mereka berbicara dengan orang-orang yang ada di sana agar mahu
mengangkut mereka. Para pemilik perahu mengenal Khidir. Lalu mereka pun
membawanya berserta Musa, tanpa meminta upah sedikit pun kepadanya. Ini
sebagai bentuk penghormatan kepada Khidir. Namun Musa dibuat terkejut
ketika perahu itu berlabuh dan ditinggalkan oleh para pemiliknya, Khidir
melubangi perahu itu. Ia mencabut papan demi papan dari perahu itu,
lalu ia melemparkannya ke laut sehingga papan-papan itu dibawa ombak ke
tempat yang jauh.
Musa menyertai Khidir dan melihat tindakannya dan kemudian ia berfikir. Musa berkata kepada dirinya sendiri: "Apa yang aku lakukan di sini, mengapa aku berada di tempat ini dan menemani laki-laki ini?
Mengapa aku tidak tinggal bersama Bani Israil dan membacakan Kitab
Allah s.w.t sehingga mereka taat kepadaku? Sungguh Para pemilik perahu
ini telah mengangkut kami tanpa meminta upah. Mereka pun memuliakan kami
tetapi guruku justru merosak perahu itu dan melubanginya." Tindakan
Khidir di mata Musa adalah tindakan yang tercela. Kemudian bangkitlah
emosi Musa sebagai bentuk kecemburuannya kepada kebenaran. Ia terdorong
untuk bertanya kepada gurunya dan ia lupa tentang syarat yang telah
diajukannya, agar ia tidak bertanya apa pun yang terjadi. Musa berkata: "Apakah engkau melubanginya agar para penumpangnya tenggelam? Sungguh engkau telah melakukan sesuatu yang tercela."
Mendengar pertanyaan lugas Musa, hamba Allah s.w.t itu menoleh
kepadanya dan menunjukkan bahawa usaha Musa untuk belajar darinya
menjadi sia-sia kerana Musa tidak mampu lagi bersabar.
Musa meminta maaf kepada Khidir kerana ia lupa dan mengharap kepadanya agar tidak menghukumnya.
Kemudian mereka berdua berjalan melewati suatu kebun yang dijadikan
tempat bermain oleh anak-anak kecil. Ketika anak-anak kecil itu sudah
letih bermain, salah seorang mereka tampak bersandar di suatu pohon dan
rasa kantuk telah menguasainya. Tiba-tiba, Musa dibuat terkejut ketika
melihat hamba Allah s.w.t ini membunuh anak kecil itu. Musa dengan
lantang bertanya kepadanya tentang kejahatan yang baru saja
dilakukannya, yaitu membunuh anak laki-laki yang tidak berdosa. Hamba
Allah s.w.t itu kembali mengingatkan Musa bahawa ia tidak akan mampu
bersabar bersamanya. Musa meminta maaf kepadanya kerana lagi-lagi ia
lupa. Musa berjanji tidak akan bertanya lagi. Musa berkata ini adalah
kesempatan terakhirku untuk menemanimu. Mereka pun pergi dan meneruskan
perjalanan. Mereka memasuki suatu desa yang sangat bakhil. Musa tidak
mengetahui mengapa mereka berdua pergi ke desa itu dan mengapa tinggal
dan bermalam di sana. Makanan yang mereka bawa habis, lalu mereka
meminta makanan kepada penduduk desa itu, tetapi penduduk itu tidak mahu
memberi dan tidak mahu menjamu mereka.
Kemudian datanglah waktu petang. Kedua orang itu ingin beristirahat di
sebelah dinding yang hampir roboh. Musa dibuat terkejut ketika melihat
hamba itu berusaha membangun dinding yang nyaris roboh itu. Bahkan ia
menghabiskan waktu malam untuk memperbaiki dinding itu dan membangunnya
seperti baru. Musa sangat hairan melihat tindakan gurunya. Bagi Musa,
desa yang bakhil itu seharusnya tidak layak untuk mendapatkan pekerjaan
yang gratis ini. Musa berkata: "Seandainya engkau mau, engkau bisa mendapat upah atas pembangunan tembok itu." Mendengar perkataan Musa itu, hamba Allah s.w.t itu berkata kepadanya: "Ini adalah batas perpisahan antara dirimu dan diriku."
Hamba Allah s.w.t itu mengingatkan Musa tentang pertanyaan yang
seharusnya tidak dilontarkan dan ia mengingatkannya bahawa pertanyaan
yang ketiga adalah akhir dari pertemuan.
Kemudian hamba Allah s.w.t itu menceritakan kepada Musa dan membongkar
kesamaran dan kebingungan yang dihadapi Musa. Setiap tindakan hamba yang
soleh itu—yang membuat Musa bingung—bukanlah hasil dari rekayasanya
atau dari inisiatif sendiri, ia hanya sekadar menjadi jambatan yang
digerakkan oleh kehendak Yang Maha Tingi di mana kehendak yang tinggi
ini menyiratkan suatu hikmah yang tersembunyi. Tindakan-tindakan yang
secara lahiriah tampak keras namun pada hakikatnya justru menyembunyikan
rahmat dan kasih sayang. Demikianlah bahawa aspek lahiriah bertentangan
dengan aspek batiniah. Hal inilah yang tidak diketahui oleh Musa.
Meskipun Musa memiliki ilmu yang sangat luas tetapi ilmunya tidak
sebanding dengan hamba ini. Ilmu Musa laksana setitis air dibandingkan
dengan ilmu hamba itu, sedangkan hamba Allah s.w.t itu hanya memperoleh
ilmu dari Allah s.w.t sedikit, sebesar air yang terdapat pada paruh
burung yang mengambil dari lautan. Allah s.w.t berfirman:
"Maka
berjalanlah heduanya, hingga tatkala keduanya menaiki perahu lalu
Khidir melubanginya. Musa berkata: 'Mengapa kamu melubangi perahu itu
yang akibatnya kamu menenggelamkan penumpangnya? Sesungguhnya kamu telah
berbuat sesuatu kesalahan yang besar.' Dia (Khidir) berkata: 'Bukankah
aku telah berkata: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak akan sabar
bersama dengan aku.' Musa berkata: 'Janganlah kamu menghukum aku kerana
kelupaanku dan janganlah kamu membebani aku dengan sesuatu kesulitan
dalam urusanku.' Maka berjalanlah keduanya; hingga tatkala keduanya
berjumpa dengan seorang anak, maka Khidir membunuhnya. Musa berkata:
'Mengapa kamu membunuh jiwa yang bersih itu, bukan kerana dia membunuh
orang lain? Sesungguhnya kamu telah melakukan suatu yang mungkar.'
Khidir berkata: 'Bukankah sudah kukatakan kepadamu, bahawa sesungguhnya
kamu tidak akan sabar bersamaku?' Musa berkata: 'Jika aku bertanya
kepadamu tentang sesuatu sesudah (kali) ini, maka janganlah engkau
memperbolehkan aku menyertaimu, sesungguhnya kamu sudah cukup memberikan
uzur kepadaku.' Maka keduanya berjalan; hingga tatkala keduanya sampai
kepada penduduk suatu negeri, mereka minta dijamu kepada penduduk negeri
itu, tetapi penduduk negeri itu tidak mau menjamu mereka, kemudian
keduanya mendapatkan dalam negeri itu dinding rumah yang hampir roboh,
maka Khidir menegakkan dinding itu. Musa berkata: 'Jikalau kamu mau,
nescaya kamu mengambil upah untuk itu.' Khidir berkata: 'Inilah
perpisahan antara aku dengan kamu. Aku akan memberitahukan kepadamu
tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak dapat sabar terhadapnya.
Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di
laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka
ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera. Dan adapun anak itu
maka kedua orang tuanya adalah orang-orang mukmin dan kami khawatir
bahawa dia akan mendorong orang tuanya itu kepada kesesatan dan
kekafiran. Dan kami menghendaki supaya Tuhan mereka mengganti bagi
mereka dengan anak yang lebih baik kesuciannya dari anaknya itu dan
lebih dalam dari kasih sayangnya (kepada ibu dan bapaknya). Adapun
dinding rumah itu adalah kepunyaan anak yatim di kota itu, dan di
bawahnya ada harta benda simpanan bagi mereka berdua, sedang ayahnya
seseorang yang soleh, maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka sampai
kepada kedewasaannya dan mengeluarkan simpanannya itu, sebagai rahmat
dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku
sendiri. Demikian itu adalah tujuan perbuatan-perbuatan yang kamu tidak
dapat sabar terhadapnya.'" (QS. al-Kahfi: 71-82)
Hamba
soleh itu menyingkapkan dua hal pada Musa: ia memberitahunya bahawa
ilmunya, yakni ilmu Musa sangat terbatas, kemudian ia memberitahunya
bahawa banyak dari musibah yang terjadi di bumi justru di balik itu
terdapat rahmat yang besar. Pemilik perahu itu akan menganggap bahawa
usaha melubangi perahu mereka merupakan suatu bencana bagi mereka tetapi
sebenarnya di balik itu terdapat kenikmatan, yaitu kenikmatan yang
tidak dapat diketahui kecuali setelah terjadinya peperangan di mana raja
akan memerintahkan untuk merampas perahu- perahu yang ada. Lalu raja
itu akan membiarkan perahu-perahu yang rosak. Dengan demikian, sumber
rezeki keluarga-keluarga mereka akan tetap terjaga dan mereka tidak akan
mati kelaparan. Demikian juga orang tua anak kecil yang terbunuh itu
akan menganggap bahawa terbunuhnya anak kecil itu sebagai musibah, namun
kematiannya justru membawa rahmat yang besar bagi mereka kerana Allah
s.w.t akan memberi mereka—sebagai ganti darinya—anak yang baik yang
dapat menjaga mereka dan melindungi mereka pada saat mereka menginjak
masa tua dan mereka tidak akan menampakkan kelaliman dan kekufuran
seperti anak yang terbunuh. Demikianlah bahawa nikmat terkadang membawa
sesuatu bencana dan sebaliknya, suatu bencana terkadang membawa nikmat.
Banyak hal yang lahirnya baik ternyata justru di balik itu terdapat
keburukan.
Mula-mula Nabi Allah s.w.t Musa menentang dan mempersoalkan tindakan
hamba Allah s.w.t tersebut, kemudian ia menjadi mengerti ketika hamba
Allah s.w.t itu menyingkapkan kepadanya maksud dari tindakannya dan
rahmat Allah s.w.t yang besar yang tersembunyi dari peristiwa-peristiwa
yang terjadi.
Selanjutnya, Musa kembali menemui pembantunya dan menemaninya untuk
kembali ke Bani Israil. Sekarang, Musa mendapatkan keyakinan yang luar
biasa. Musa telah belajar dari mereka dua hal: yaitu ia tidak merasa
bangga dengan ilmunya dalam syariat kerana di sana terdapat ilmu
hakikat, dan ia tidak mempersoalkan musibah-musibah yang dialami oleh
manusia kerana di balik itu terdapat rahmat Allah s.w.t yang tersembunyi
yang berupa kelembutan-Nya dan kasih sayang-Nya. Itulah pelajaran yang
diperoleh Nabi Musa as dari hamba ini. Nabi Musa mengetahui bahawa ia
berhadapan dengan lautan ilmu yang baru di mana ia bukanlah lautan
syariat yang diminum oleh para nabi. Kita berhadapan dengan lautan
hakikat, di hadapan ilmu takdir yang tertinggi; ilmu yang tidak dapat
kita jangkau dengan akal kita sebagai manusia biasa atau dapat kita
cerna dengan logik biasa. Ini bukanlah ilmu eksperimental yang kita
ketahui atau yang biasa terjadi di atas bumi, dan ia pun bukan ilmu para
nabi yang Allah s.w.t wahyukan kepada mereka.
Kita sekarang sedang membahas ilmu yang baru. Lalu siapakah pemilik ilmu
ini? Apakah ia seorang wali atau seorang nabi? Majoriti kaum sufi
berpendapat bahawa hamba Allah s.w.t ini dari wali-wali Allah s.w.t.
Allah s.w.t telah memberinya sebahagian ilmu laduni kepadanya tanpa
sebab-sebab tertentu. Sebahagian ulama berpendapat bahawa hamba soleh
ini adalah seorang nabi. Untuk mendukung penyataannya ulama- ulama
tersebut menyampaikan beberapa argumentasi melalui ayat Al- Quran yang
menunjukkan kenabiannya.
Pertama, firman-Nya:
"Lalu mereka bertemu dengan
seorang hamba di antara hamba-ham- ba Kami, yang telah Kami berikan
kepadanya rahmat dari sisi Kami, dan yang telah Kami ajarkan kepadanya
ilmu dari sisi Kami."
Kedua, perkataan Musa kepadanya:
"Musa berkata kepadanya: 'Bolehkah aku mengikutimu supaya kamu
mengajarkan kepadaku ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah
diajarkan kepadamu?' Dia menjawab: 'Sesungguhnya kamu sekali-kali tidak
akan sanggup sabar bersamaku. Dan bagaimana kamu dapat sabar atas
sesuatu, yang kamu belum mempunyai pengetahuan yang cukup tentang hal
itu ?' Musa berkata: 'lnsya-Allah kamu akan mendapati aku sebagai orang
yang sabar, dan aku tidak akan menentangmu dalam sesuatu urusan pun.'
Dia berkata: 'Jika kamu mengikutiku, maka janganlah kamu menanyakan
kepadaku tentang sesuatu pun, sampai aku sendiri menerangkannya
kepadamu,'" (QS. al-Kahfi: 66-70)
Seandainya ia
seorang wali dan bukan seorang nabi maka Musa tidak akan berdialog atau
berbicara dengannya dengan cara yang demikian dan ia tidak akan menjawab
kepada Musa dengan jawapan yang demikian. Bila ia bukan seorang nabi
maka bererti ia tidak maksum sehingga Musa tidak harus memperoleh ilmu
dari seseorang wali yang tidak maksum.
Ketiga, Khidir menunjukkan keberaniannya untuk membunuh anak kecil itu
melalui wahyu dari Allah s.w.t dan perintah dari-Nya. Ini adalah dalil
tersendiri yang menunjukkan kenabiannya dan bukti kuat yang menunjukkan
kemaksumannya. Sebab, seorang wali tidak boleh membunuh jiwa yang tidak
berdosa dengan hanya berdasarkan kepada keyakinannya dan hatinya. Boleh
jadi apa yang terlintas dalam hatinya tidak selalu maksum kerana
terkadang ia membuat kesalahan. Jadi, keberanian Khidir untuk membunuh
anak kecil itu sebagai bukti kenabiannya.
Keempat, perkataan Khidir kepada Musa:
"Sebagai rahmat dari Tuhanmu; dan bukanlah aku melakukannya itu menurut kemahuanku sendiri. " (QS. al-Kahfi: 82)
Yakni,
apa yang aku lakukan bukan dari doronganku sendiri namun ia merupakan
perintah dari Allah s.w.t dan wahyu dari-Nya. Demikianlah pendapat para
ulama dan para ahli zuhud. Para ulama berpendapat bahawa Khidir adalah
seorang Nabi sedangkan para ahli zuhud dan para tokoh sufi berpendapat
bahawa Khidir adalah seorang wali dari wali-wali Allah s.w.t.
Salah satu pernyataan Khidir yang sering dikemukakan oleh tokoh sufi
adalah perkataan Wahab bin Munabeh, Khidir berkata: "Wahai Musa, manusia
akan diseksa di dunia sesuai dengan kadar kecintaan mereka atau
kecenderungan mereka terhadapnya (dunia)." Sedangkan Bisyir bin Harits
al-Hafi berkata: "Musa berkata kepada Khidir: "Berilah aku nasihat."
Khidir menjawab: "Mudah-mudahan Allah s.w.t memudahkan kamu untuk taat
kepada-Nya." Para ulama dan para ahli zuhud berselisih pendapat tentang
Khidir dan setiap mereka mengklaim kebenaran pendapatnya. Perbezaan
pendapat ini berhujung pangkal kepada anggapan para ulama bahawa mereka
adalah sebagai pewaris para nabi, sedangkan kaum sufi menganggap diri
mereka sebagai ahli hakikat yang mana salah satu tokoh terkemuka dari
ahli hakikat itu adalah Khidir. Kami sendiri cenderung untuk menganggap
Khidir sebagai seorang nabi kerana beliau menerima ilmu laduni. Yang
jelas, kita tidak mendapati nas yang jelas dalam konteks Al-Quran yang
menunjukkan kenabiannya dan kita juga tidak menemukan nas yang gamblang
yang dapat kita jadikan sandaran untuk menganggapnya sebagai seorang
wali yang diberi oleh Allah s.w.t sebahagian ilmu laduni.
Barangkali kesamaran seputar peribadi yang mulia ini memang disengaja
agar orang yang mengikuti kisah tersebut mendapatkan tujuan utama dari
inti cerita. Hendaklah kita berada di batas yang benar dan tidak terlalu
jauh mempersoalkan kenabiannya atau kewaliannya. Yang jelas, ketika
kami memasukkannya dalam jajaran para nabi kerana ia adalah seorang guru
dari Musa dan seorang ustaz baginya untuk beberapa waktu.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Diberdayakan oleh Blogger.
Blog Archive
-
▼
2013
(70)
-
▼
Januari
(70)
- Penjelajah Waktu Tertangkap Kamera Pada Tahun 1940
- TANDA-TANDA KIAMAT
- Bentuk Uang Rp1000 Dari Tahun Ke Tahun
- 7 Cerita Horor menakutkan di Bogota Kolombia
- Teori Hollow Earth, Ada Bumi dalam Bumi
- Inilah Manusia hasil Kloning pertama di dunia
- Meremas Payudara untuk Penggalangan Dana
- Objek Luar Angkasa Terjauh Yang Dapat Dilihat
- Kisah Terakhir Doraemon, Nobita Menikah dengan Shi...
- Proses Terbentuknya Pulau Jawa
- Kumpulan Foto-Foto Arsip Sejarah Paling MIRIS Di D...
- Penemuan Perahu Nabi Nuh
- Kentut Termahal Dihargai Rp. 930 Juta
- Arti Simbol Pada Tombol Stik Game Playstation
- 5 Jenis Orang Gila Berdasarkan Penyebab Kegilaannya
- KISAH NABI KHIDIR AS
- Cara menghipnotis
- Ada Penampakan Hantu Dalam Serial Drama Korea
- NABI MUHAMMAD SAW, di MATA PARA TOKOH KRISTEN DAN ...
- Misteri Rahasia Kota Mekkah dan Keajaiban Ka'bah
- Alqur'an dan astronomi
- Alqur'an dan Fisika
- Alqur'an dan Bumi
- Alqur'an dan Biologi
- Alqur'an dan masa depan
- Asteroid Menghantam Dunia Tahun 2036, Russia Kirim...
- 7 Negara Pengguna Nuklir di Dunia
- 100 Nama Asli Artis Indonesia [Ternyata Lucu-lucu]
- Investigasi Pembuatan Pil Berbahan dasar Bayi di Cina
- 6 Fakta Mengerikan Malaysia Terbongkar (Wajib Baca)
- Biografi Osama bin Laden
- Bayi Acungkan Jempol Saat Di-USG
- Inilah 10 alasan ilmiah daging babi diharamkan dal...
- Pria Suka 15 Bagian Tubuh Yang Perempuan Benci
- Misteri Kematian Matahari Terungkap dalam Al-Quran
- 6 Tanda-tanda Rumah Berhantu
- BERAPA JUMLAH AYAT ALQUR'AN SEBENARNYA?
- 40 Fakta Dunia Terlucu
- 20 Kisah Misteri yang Belum Terpecahkan
- 10 Film terlaris sepanjang masa
- Film Porno Pertama di Dunia
- Mobil Aneh Berharga Rp7 Miliar
- Sejarah Mengapa 1 Menit = 60 Detik
- Lirik Asli Lagu Indonesia Raya 1928
- inilah 7 manusia paling seram dan aneh
- Daftar Menu makanan paling sadis didunia
- Foto - Foto Museum Mayat Korban HIV
- 5 Museum Makanan Terunik Di Dunia
- 250 Fakta Unik Aneh Menarik:
- Nama-Nama Raja Di Kartu Remi
- Arwah Korban Pembunuhan Minta Tolong Lewat Mimpi
- 7 Kepribadian Utama Seorang Psikopat
- Uang Porno Peninggalan Roma Kuno
- 10 Jenis Kurma Terpopuler
- Wasit Stres Di Dunia
- SEPARUH WAJAH MATI KARENA SAKIT LANGKA
- Kisah Nabi Isa a.s versi Islam
- Perang Salib
- Template Uchiha Sasuke
- Cara mendapatkan SUBSCRIBE BANYAK Dari Sebuah GRUP
- Kisah Nabi Nuh A. S versi Islam
- Cheat All Secret Jutsu + Hairstyle | September 2...
- Cheat Token Ninja Saga Januari 2013
- Rahasia Dibalik Senyuman Lukisan Monalisa
- Cheat GTA ps 2
- Rahasia di Balik Uang Dollar Amerika TERKUAK!!!!
- Rahasia di Balik Logo Coca-Cola dan PEPSI
- Rahasia Dibalik Kata UPIN & IPIN
- Hacking Facebook By Pirates FB Hack
- Cara Nge-Boom Like Facebook
-
▼
Januari
(70)
0 komentar: